Sunday, August 9, 2009



WABAK SELSEMA BURUNG

Disediakan Oleh

Nurhayati (6A2 2009)



DEFINISI:
Selsema burung atau influenza avian merupakan penyakit burung berjangkit. Semua burung dijangkakan boleh dijangkiti oleh penyakit selsema burung walaupun terdapat sesetengah spesies yang boleh bertahan dari jangkitan. Sesetengah bentuk selsema burung boleh menjangkiti manusia.

PUNCA:
Selsema burung berpunca daripada 15 sub-jenis virus selsema influenza A, iaitu sub-jenis selsema burung avian influenza. Virus yang rendah kemudaratannya mampu berubah menjadi virus yang memudaratkan dalam jangka masa yang pendek. Sehigga kini, semua wabak dalam bentuk yang memudaratkan berpunca daripada virus selsema A atau H5N1 daripada keluarga Orthomyxoviridae, iaitu sub-jenis tunggal yang menyebabkan wabak yang teruk dalam kalangan manusia.

CARA PENYEBARAN:
Risiko jangkitan penyakit terhadap manusia amat rendah tetapi mugkin dijangkiti apabila terdedah kepada burung yang sakit atau persekitaran yang tercemar dengan bahan buangan burung yang sakit.
Burung yang dijangkiti mengeluarkan virus selsema dalam air liur,hingus , dan tahi.Burung yang lemah boleh dijangkiti apabila terdedah dengan bahan buangan yang tercemar.Virus yg dikeluarkan melalui najis mencemarkan persekitaran dan berjangkit melalui pernafasan.
Virus ini merebak dengan mudah dari ladang ternakan ke ladang ternakan yang lain melalui tikus atau lalat yg terkena najis yg mengandungi virus H5N1.
Virus H5N1 merebak drpd haiwan kpd manusia dan belum ada buktivirus ini merebak drpd manusia kpd manusia. Virus ini merebak dr satu negara ke negara yg lain melalui perdagangan ayam hidup dan burung liar .
Virus ini juga merebak melalui sentuhan secara langsung dgn ayam atau burung yg dijangkiti. Burung yg sembuh drpd jangkitan msh mempunyai virus di dlm bdn selama 10 hari.Virus ini mampu bertahan utk ms yg lama di dlm tisu badan (daging),air dan persekitaran lebih-lebih lagi cuaca sejuk.


JANGKITAN KEPADA MANUSIA:
Selsema burung menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dgn burung liar atau burung yg diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan persekitaran yg tercemar.Terdapat juga virus dikesan dlm ternakan khinzir di Lembah Gelders, Belanda.
Tidak terdpt kes jangkitan virus H5N1 kpd manusia melalui daging mentah,daging ayam yg dibekukan,atau makanan berasaskan ayam.Oleh sebab virus H5N1 mudah musnah apabila dipanaskan,jangkitan selsema burung tidak merebak melalui daging ayam yg dimasak dgn sempurna.
KEBIMBANGAN TERHADAP JANGKITAN SELSEMA BURUNG:
Terdapat beberapa sebab iaitu:
Jangkitan selsema burung mengakibatkan kematian.Influenza A yg menyebabkan selsema burung mempunyai keupayaan dan kecenderungan utk berubah dan bergabung dgn virus sub-jenis influenza dlm bdn manusia dan menghasilkan sub-jenis Influenza A yg baru.Sub-jenis baru ini mampu membentuk ciri-ciri virus selsema yg mudah menjangkiti sesama manusia .Ketiadaan daya tahan kpd jenis baru ini disebabkan tiada jangkitan sebelum ini dan ketiadaan vaksin utk megawal wabak selsema burung, mampu menyebabkan kes jangkitan dan kematian yg tinggi dlm kalangan penduduk dunia.

Penyakit ini berkeupayaan berubah menjadi wabak dan menyebabkan kematian unggas yg tinggi.Industri penternakan ayam dan industri makanan dibimbangi meghadapi tekanan yg boleh meyebabkan kerugian dr. segi ekonomi.Kesan sosial ialah byk kehilangan pekerjaan.

TANDA JANGKITAN PADA AYAM
1. pegeluaran-pengurangan mendadak dalam penhasilan telur.
2. Kepala bengkak dgn lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan terdapat bintik bisul.
3. Pendarahan pd selaput dalaman .
4. Kematian mengejut yg boleh mencecah 100%.
5. Kesukaran bernafas.
6. Lembik @ lumpuh.
7. Cirit-birit

TANDA JANGKITAN PADA MANUSIA
Tanda awal ialah demam dgn suhu 38c,perit kerongkong ,dan batuk.Mata dan hidung berair dan keradangan conjunctivitis dpt dilihat sakit pd sesetengah pesakit.Demam yg belarutan adalah tanda jelas.X-ray dada berguna utk mengesan jangkitan virus pneumonia.

Sebab kematian adalah paru-paru berair,sindrom kesukaran bernafas,kegagalan pelbagai fungsi organ.

Seseorang pesakitdisyakiti dijangkiti selsema burung sekiranya pesakit tersebut mempunyai hubungan langsung atau tidak langsungdgn kerja pengendalian ayam atau burung.

RAWATAN DAN PELALIAN:
Terdapat ubat untuk rawatan dan pencegahan penyakit ini tetapi keberkesanannya msh dlm kajian. Virus H5N1 kebal terhadap ubat antivirus biasa spt amantadine dan rimantadine. Dua jenis ubat antivirus yg lain, iaitu Oseltamavir (Tamiflu)dan zanamavir berkemungkinan berkesan merawat selsema yg disebabkan oleh virus H5N1.Setakat ini masih belum ada ubat pelalian.

PENCEGAHAN JANGKITAN:
Larangan mengimport ternakan dari negara yg dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting utk mencegah jangkitan selsema burung menular ke dlm negara.

LANGKAH PENCEGAHAN BAGI PENTERNAK AYAM:
1. Elakkan sebarang hubungan dgn burung liar terutamanya burung air atau waterfowl.
2. Jagan membawa masuk/mengimport haiwan yg tidak pasti kesihatannya
3. Kawal pergerakan manusia dlm ladang ternakan
4. Sediakan bahan basmi kuman dan peraturan yg perlu diikuti pekerja
5. Laporkan dgn segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa haiwan ternakan
6. Laporkan dgn segera sebarang penyakit berjangkit di ladang ternakan.

LANGKAH PENCEGAHAN BAGI ORANG AWAM DAN PENGGUNA:
1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh daging ayam.
2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
3. Masak daging ayam/itik/burung dgn sempurna.
4. Elakkan tempat yg mempunyai burung liar terutamanya burung air waterfowl.
5. Laporkan dgn segera sebarang kes masalah pernafasan dlm kalangan mereka yg pernah terdedah kpd ayam /itik/burung yg sakit.


RUMUSAN:
Penyakit selsema burung boleh membawa kematian sekiranya tidak dicegah lebih awal.Penjagaan yang rapi dapat mencegah wabak ini daripada merebak kepada manusia dan haiwan ternakan.Oleh itu,kerjasama daripada pihak berkaitan amat diperlukan untuk mencegah daripada terus menular.




No comments: